PENGERUSI MAJLIS


PEGAWAI DAERAH

ASSALAMMUALAIKUM WR. WB DAN SALAM SEJAHTERA
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya akhirnya Majlis Daerah Kunak memiliki laman web sendiri. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada pelawat laman web Majlis Daerah Kunak.
Diharap dengan laman web ini dapat memberi maklumat mengenai Majlis Daerah Kunak dan perkhidmatan yang disediakan. Kami sentiasa mengalu-alukan cadangan atau idea untuk kami jadikan inspirasi dalam membawa satu senario baru untuk kepentingan bersama.
Akhir sekali sebagai penutup saya berharap dengan kewujudan laman web ini akan dapat memberi sumber rujukan dan ilmu yang berguna kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.